DEAR AKHI


Wahai Akhi tercinta,
Masih ingatkah dikau,
Di saat kita pertama kali bertemu,
Pipi bertemu pipi,
Tangan menggenggam mesra,
Senyum terukir bahagia,
Mata bersinar penuh bercahaya,
Kita menjalin hubungan suci,
Penuh terpecaya,
Alangkah nikmatnya!
Masih ingatkah dikau?

Akhi sayang..uhuk,
Seperti iman lagaknya,
Ukhuwah itu juga punya,
Ketika naiknya,kita bermesra,
Ketika turunnya,kita bersengketa,
Namun kita tetap percaya,
Pada hubungan yang kita bina,
Menyemai benih dunia,
Untuk kita tuai harum buahnya,
Di taman-taman syurga pesona.

Hai Akhi, 
Aku ingin benar mencintaimu,
Sabda Rasulullah kekasih hati,
"Cintailah saudara kekasihmu sepertimana dikau mencintai dirimu sendiri"

Maka Akhi ku,
Jika aku marah dan gelisah,
Itu bukan kerana diriku yang gundah,
Tetapi kerana diriku yang payah,
Mentaati suruhan perintah Allah,
Dalam noda penuh jahiliyyah.

Maka Akhi, 
Jika aku cemburu terburu-buru,
Itu bukan kerana kekhilafan pada dirimu,
Tetapi aku! Akulah yang tersasar,
Dari kukuh iman yang berpijar,
Menjauhi nur iman yang sebenar.

Akhi,
Jika aku bersedih meratapi,
Diam membisu hilang seri,
Aku sebenarnya sedang menyatu hati,
Dengan dirimu yang hilang sepi,
Walau dirimu tidak minta dimengerti.

Wahai Akhi yang aku kasihi,
Jika aku tertawa gembira,
Penuh bahagia,
Ketahuilah tiada yang lain kerana,
Aku penuh rasa sejahtera,
Melihat dikau diulit cinta.

Dan wahai Akhi ku, 
Ukhuwah ini kita bina,
Bukan kerana nafsu yang menoda,
Bukan juga dek jahiliyyah yang beraja,
Tetapi kerana keimanan di dada,
Kerana kerinduan pada kasihNya.

-encikbekmen-

                                                                                                                                                                                                         


Comments